Kasih baru berusia 22 bulan tetapi malam tadi dia dah tahu takutkan hantu apabila ternampak sedutan drama Keliwon di tv. Aku sebenarnya belum lagi memperkenalkan anak ku yang satu ini dengan makhluk2 di alam ghaib ni tapi mungkin kawan-kawan di rumah pengasuhnya telah terlebih dahulu menakut-nakutkan dia dengan hantu.
Sedar atau tidak kita selalu mengeksploitasi kedudukan kita sebagai ibubapa. Kita eksploitasi kepercayaan anak kepada kita, kasih sayang anak kepada kita dan kenaifan anak kita.
Contohnya bila anak hendak melakukan sesuatu yang kita larang..misalnya anak cuba masuk ke bilik atau ke dapur untuk bermain sedangkan kita berada diruang tamu menonton tv dan malas nak supervise mereka bermain di sana, kebanyakkan ibubapa akan mengambil jalan senang dengan momokan yang bukan-bukan seperti menakut-nakutkan anak dengan hantu dan sebagainya..."Haa pegi la situ ada hantu!!!"
Pada usia tak sampai 2 tahun anak ku sudah mempercayai sesuatu yang dia tak nampak seperti hantu. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, anak yang semuda usia itu sudah bersedia menerima penerangan tentang alam ghaib dan mempercayainya.
Maka, alangkah baiknya kalau kita mulakan perkenalan mereka dengan alam ghaib itu dengan memperkenalkan mereka tentang Allah dan bukannya hantu jembalang. Kita ceritakan anak-anak kita tentang Tuhan dan para malaikat. Kalau nak menceritakan tentang hantu syaitan pun bukan dengan cara menakut-nakutkan mereka. Tapi berterus-teranglah dengan mereka perkara yang sebenar. Bahawa syaitan itu adalah mahkluk yang derhaka kepada Allah. Tapi dia tidak dapat mengapa-apakan budak baik (kerana orang yang baik patuh kepada ajaran Allah). Didik anak kita supaya membenci syaitan dan bukan takutkannya.
Wallahualam.
A Month of Reflection
7 months ago