Friday, November 28, 2008

Sepi

Hari ini mahu bicara pasal Sepi.

Minggu lepas aku tonton filem Sepi. Satu lagi buah tangan daripada pengarah yang kian popular, Kabir Bakhtiar. Bermula dengan Cinta, kemudian cerita seram "Kekasih Ku Seru" dan baru-baru ini Sepi, aku pasti akan tonton filem dia lagi selepas ini.

Pada aku, keistimewaan filem dia ni, selain daripada gambar lawa, dia pandai bercerita melalui shot-shot yang diambil. Macam Yasmin Ahmad. Memang kreatif. Ekspresi pelakon-pelakon bagus, olahan jalan cerita nya pun best dan kreatif.
Ada 3 cerita berasingan dalam filem Sepi ni. Filem ni bermula dengan pertembungan ketiga-tiga cerita itu di satu persimpangan. Babak pertembungan ini adalah pertengahan cerita-cerita tersebut. Kemudian penonton akan dibawa menyaksikan kesudahan setiap cerita-cerita itu. Tak faham? Tengok la filem ni. Aku rekomen.

No comments: