Wednesday, December 3, 2008

H2O

Terjumpa fakta menarik pasal air.

Saintis Jepun telah menemui fakta menarik pasal molekul air. Katanya, molekul air akan berubah mengikut persekitarannya malah bertindak balas terhadap bunyi sekeliling.

Contohnya, jika diambil sebekas air dan dibacakan ayat-ayat suci al quran, maka molekul air itu menjadi bersinar-sinar dan bergerak membentuk perkataan Allah. Kemudian jika diucapkan kata-kata negatif seperti "aku bunuh" berkali kali dihadapan air berkenaan maka molekulnya perlahan-lahan mula membentuk objek tajam seperti pisau.
Wah! Kagum kan? Patutlah kalau orang pergi berubat secara tradisional, ustaz-ustaz biasanya bagi pesakit minum air tawar (air yang dibacakan dengan ayat-ayat al quran). Kepercayaan-kepercayaan agama lain juga banyak membabitkan air dalam amalan-amalannya, seperti kristian yang famous dengan holy waternya.
Aku terpikir. fakta ini juga memberi sebab logik kenapa kita digalakkan selalu ucapkan perkataan yang baik-baik especially terhadap anak-anak. Sebab badan manusia mengandungi 70% air. Jadi bayangkan apa objek yang dibentuk oleh molekul air dalam badan anak kita jika selalu mendengar perkataan-perkataan yang negatif.
Just a point to ponder.

Tuesday, December 2, 2008

Parking

Pernah tak pergi ke shopping complex yang besar macam Mid Valley dan sebagainya lepas tu bila nak balik lupa parking kereta kat tingkat berapa? Ataupun, lupa mana pintu / tangga yang menuju ke arah parking tu?

Dulu pernah sekali kitorang ke Sunway Piramid. Masa nak balik kitorang panik sebab kereta tak ada kat tempat parking. Setelah sa'i kesana sini kat parking lot tu baru kitorang realise yang sebenarnya kitorang parking kereta tu kat tingkat lain.

Selepas kejadian tu, setiap kali parking, kitorang akan taip & 'save' kan particulars paking lot yang berkenaan e.g no. petak, zone dan level berapa kat handphone. Sekarang, dengan adanya telefon berkamera, lebih senang. Lepas je parking, tangkap je gambar label tempat parking tu (tapi jangan lupa levelnya sekali). Dah masuk dalam shopping mall, tangkap pulak gambar kedai yang berhampiran dengan pintu yang kami masuk tu. So, tak perlu risau lagi nak mengingat kat mana parking kereta selepas itu.

Monday, December 1, 2008

Signboard

Malam tadi aku menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya.

Kalau pergi ke Putrajaya, memang tidak sah kalau aku tak sesat. Kalau tak sesat time pegi, mesti sesat time balik. Jalan-jalan kat situ macam nak sama je semua tempat. Lepas tu kalau dah terlajak, bukannya boleh U turn sesuka hati. Nak kena jalan jauh kedepan sampai dah tak tahu sampai mana baru jumpa U turn. Entah lah. Mungkin sebab jarang-jarang pegi sana.
Malam tadi masa balik kami tercari-cari jalan keluar ke highway. Benda yang paling penting disaat kita mencari jalan tentu sekali lah papan tanda (signboard). Tetapi macam biasa lah, papan tanda kat Malaysia ni selalu terlindung disebalik pokok. Aku pun tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Tapi cuba lah perhatikan lain kali bila travel, mesti papan tanda tu terlindung kat sebalik pokok.
Kenapa papan tanda selalu ada kat celah pokok? Adakah masa nak pacak papan tanda tu cuaca panas makanya pekerja yang bertugas tu pegi berteduh kat bawah pokok sambil pacak papan tanda tu? Aku pun tak tahu. Tapi yang aku tahu, punya lah susah nak tengok papan tanda di saat tersesat. Especially kalau yang terlindung tu anak panah papan tanda tersebut.