Tuesday, December 2, 2008

Parking

Pernah tak pergi ke shopping complex yang besar macam Mid Valley dan sebagainya lepas tu bila nak balik lupa parking kereta kat tingkat berapa? Ataupun, lupa mana pintu / tangga yang menuju ke arah parking tu?

Dulu pernah sekali kitorang ke Sunway Piramid. Masa nak balik kitorang panik sebab kereta tak ada kat tempat parking. Setelah sa'i kesana sini kat parking lot tu baru kitorang realise yang sebenarnya kitorang parking kereta tu kat tingkat lain.

Selepas kejadian tu, setiap kali parking, kitorang akan taip & 'save' kan particulars paking lot yang berkenaan e.g no. petak, zone dan level berapa kat handphone. Sekarang, dengan adanya telefon berkamera, lebih senang. Lepas je parking, tangkap je gambar label tempat parking tu (tapi jangan lupa levelnya sekali). Dah masuk dalam shopping mall, tangkap pulak gambar kedai yang berhampiran dengan pintu yang kami masuk tu. So, tak perlu risau lagi nak mengingat kat mana parking kereta selepas itu.

No comments: