
Tahun baru kali ini bermula pahit bagi umat Islam. Kekejaman Rejim Israel yang menggila dibumi Palestin adalah satu kebiadaban melampau. Bukan aku mahu jadi wartawan melaporkan butir-butirnya disini kerana semua warga dunia pun sedia maklum.
Apa yang dikesalkan ialah dunia hanya berputih mata. Negara-negara bukan Islam tu sementelah la. Negara Islam yang besar-besar dan kaya raya pun hanya mampu buat mesyuarat je. Paling best pun lancarkan resolusi yang kemudiannya hanya dikuis oleh Israel. Bukan mahu memperkecilkan usaha mereka tapi pendapatku terasa usaha mereka kecil. Usah dihitung derma wang ringgit selepas itu. Kerana semua itu tak mampu mengembalikan keluarga yang telah mati.
Aku teringat dulu ustaz pernah bercerita tentang gambaran oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat tentang keadaan umat islam di akhir zaman yang ditindas oleh orang kafir. Sahabat menanyakan, kenapa sampai orang islam ditindas sedemikian rupa? Orang Islam sikit aje ke di akhir zaman? Kata Nabi S.A.W, orang islam ramai, tetapi hanya umpama buih-buih dipantai....
p/s: Gambar oleh Farris
1 comment:
betul-betul-betul....umpama buih2 di pantai...hapuskanlah Israel dari bumi kami...!!
Post a Comment