Tuesday, May 12, 2009

Siri TV

Malam tadi aku sedang menonton salah satu siri tv kegemaran - NCSI. Sampai satu ketika, salah seorang daripada ejen NCSI tersebut mengatakan bahawa mungkin mangsa pembunuhan itu ada kaitan dengan pengganas atau beliau dibunuh oleh pengganas. Sampai tahap itu, aku hilang selera untuk menonton cerita tersebut.

Sering sangat "pengganas" dijadikan watak jahat di dalam siri tv dan filem kini. Tapi siri tv sebegitu, contohnya yang paling ketara ialah siri tv "24 hours" tetap juga ditayang di tv malaysia. Malah kini sudah masuk musim 2. Sepatutnya siri tv sebegitu diboikot. Bukannya dibeli dan ditayangkan kepada rakyat.

Siapa yang digambarkan sebagai pengganas oleh hollywood? Mereka menggambarkan orang islam sebagai pengganas padahal pengganas sebenar adalah amerika dan sekutunya yahudi. Jangan la termakan dengan unsur-unsur "pelembut" disebalik fitnah ini. Selalunya kafir-kafir hollywood ini akan menggambarkan kononnya orang yang terlibat sebagai "pengganas" ini dalam keadaan terpaksa - nak melindungi keluarga dan sebagainya. Atau mereka ini digunakan oleh sekumpulan pengganas (tetap juga digambarkan sekumpulan orang islam) sebagai alat untuk menyerang rakyat amerika / dunia. Itu semua "sugar coating". Unsur pelembut yang digunakan secara halus untuk mengaburi mata orang islam.

Apa yang mereka ingin capai daripada isu "pengganas" ini? Sebenarnya kafir-kafir ini berhajat supaya generasi islam membenci Jihad. Sebab itu lah orang yang mempertahankan tanah airnya digambarkan sebagai pengganas. Mereka gambarkan di dalam filem-filem mereka bahawa pejuang-pejuang islam adalah pengganas supaya generasi baru islam tidak mahu ada sebarang kaitan dengan pejuang-pejuang ini.

Satu lagi unsur popular yang cuba diketengahkan melalui siri tv dan filem adalah homoseksual. Contohnya siri baru Desparate Housewife. Selain pasangan baru gay yang bari berpindah ke Weteria Lane, siri ini juga banyak menyiarkan bagaimana Bree berusaha untuk menerima pasangan anak lelakinya (gay). Dalam banyak-banyak watak di dalam siri ini, penulis skrip cerita ini memilih Bree untuk mempunyai seorang anak gay dan menerima pilihan hidup anaknya untuk kekal menjadi gay. Bree adalah watak paling berpegang kepada agama. Dia pergi ke gereja setiap ahad dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa gereja diWesteria Lane. Penulis skrip tidak pula memilih Lynett walhal beliau pun ada anak lelaki. Lynett juga watak yang paling jarang kegereja. Kenapa Lynette tidak dipilih? Kenapa watak yang dipilih untuk tolerate dengan isu gay ini adalah watak seperti Bree? Bukan kah begitu halus propaganda kafir-kafir ini?              

1 comment:

Farris said...

set illuminati belako tuh, jgn terpedaya, tengok buat suka2 sambil makan keropok kelana jaya yg mahal tuh boleh ler...huhu